Halatuju Pendidikan Islam di Malaysia
Ucap Utama dan Perasmian oleh Timbalan Ketua Pengarah JAPIM, Dato' Haji Dangiran bin Haji Mustapa:
1) Halatuju Pendidikan Islam:
- membina insan beriman dan bertakwa
- berada di dalam dan di luar sistem pendidikan kebangsaan
- Pendidikan Islam dalam sistem pendidikan kebangsaan diperkasa
2) Sejarah Pendidikan Islam di Malaysia:
- Abad 14: sekolah-sekolah agama berbentuk pondok sedia ada
- Penjajahan: 5 jenis sekolah (melayu, inggeris, cina, india, agama)
- Merdeka: Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Negeri (SAN) berada di luar sistem pendidikan kebangsaan
- 1955: Kolej Islam Malaya ditubuhkan
- 1959: SAR dapat bantuan
- 1961: Akta Pelajaran 1961, sekolah-sekolah agama masuk dalam sistem, hanya 15 orang murid
- 1964: Subjek Pendidikan Islam dijadikan subjek wajib
- 1973: Subjek-subjek agama seperti Syariah dan Usuluddin dimasukkan dalam SPM
- 1977: 11 Sekolah Menengah Agama Rakyat/Negeri (SMAR/SMAN) dijadikan SMKA
- 1983: KBSR: Penambahan waktu P&P untuk subjek Pendidikan Islam
- 1989: KBSM: Penambahan subjek selain Pendidikan Islam seperti Tasawur Islam
- 1996: Akta Pendidikan Islam diwujudkan
- 1997: Bahasa Arab Komunikasi di Sekolah Kebangsaan bermula sebagai projek rintis
- 2002: Sekolah Berasrama Penuh Integrasi diwujudkan
- 2003: Semakan kurikulum Pendidikan Islam dengan tambahan akhlak dan jawi
- 2005: Pelaksanaan j-QAF di sekolah kebangsaan
3) Usaha yang sedang dilaksanakan:
- Pendaftaran SAR/SAN dengan Kementerian Pelajaran supaya dapat bantuan kerajaan
- Kurikulum diselaras untuk semua sekolah dan negeri
- P&P Pendidikan Islam yang bersepadu berasaskan Islam Hadhari
- j-QAF berjalan lancar
- P&P Bahasa Arab di semua sekolah menengah secara berperingkat
- ICT dalam Pendidikan Islam (makmal j-QAF)
4) Akan datang:
- Pendidikan Islam merupakan tanggungjawab sosial yang harus dipikul oleh semua umat Islam
- Guru-guru Pendidikan Islam akan dilatih semula dalam pelbagai kursus khas
- Menaik taraf kurikulum Pendidikan Islam di SAR dan SAN
- Menyelaraskan kurikulum Pendidikan Islam di peringkat Asia dan seluruh dunia
- Memperkasa Pendidikan Islam dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
- Penubuhan Institut Pembangunan Pendidikan Islam (IPPI)
- Mewujudkan Pelan Induk Pendidikan Islam (PIPI)
- Mewujudkan Galeri Pendidikan Islam
- Terjemahan Dokumen Pendidikan Islam ke bahasa asing
- Penghayatan Islam di pelbagai peringkat
- Mengemaskini MAKDIS
- Brile Al-Quran di seluruh SMKA
- Mengadakan pelbagai seminar Pendidikan Islam
- Penstrukturan semula JAPIM
Beliau ada juga menyebut tentang j-QAF secara lebih mendalam, tetapi saya tak perlu ulang semula apa yang saya dah tulis tentang itu. Sila klik di sini: http://mendidik.blogspot.com/2007/01/j-qaf-tanpa-gagal.html